3 LAGU OI! YANG BIASANYA BEAN MORENO MAIN TIME JAMMING
Salam guys,
Hari ni hari Sabtu so terasa macam nak mengenang kembali zaman-zaman jahiliah di mana saya dulu seorang SKINHEAD. Apa yang bestnya jadi SKINHEAD ialah bila kita dapat hayati muzik dan lirik yang ada. Muzik oi! merupakan satu daripada identiti SKINHEAD yang mana sebagai seorang SKINHEAD saya kena tau bahawa oi! itu adalah satu muzik yang menyampaikan luahan dan isihati seorang working class.
Ok ni antara lagu-lagu oi! yang saya suka bawak time jamming dulu. Setiap kali jamming mesti akan bawak lagu-lagu ni :
1. Angelic Upstarts – Police Oppression
Lagu ni mengisahkan penindasan yang dilakukan oleh pihak polis terutamanya bagi seorang SKINHEAD. Ini pengalaman lah eyh saya cerita dulu saya pernah kena gari tanpa sebab. Saya pun tak tau apa salah saya tetiba polis datang gari saya. Alasan dia saya ni seorang Black Metal. Wah memang siot padahal jacket saya penuh dengan patches SKINHEAD. Yang paling saya panas dia letak saya dengan pendatang asing. Pergh memang kurang ajar. Tapi lepas saya protest dan buat bising kat balai tu diorang lepaskan mungkin sebab malas nak dengar saya memekak.
2. The Business – Real Enemy
Lagu ni mengajar kita supaya berperang atau bergaduh dengan orang yang betul. Pilih lawan yang betul. Kalau kita dengar betul-betul lagu ni content sebenarnya ialah nak ajar kita supaya bersatu padu dan jangan bergaduh sesama sendiri sebab ia akan menjatuh kan kita.
3. ACAB – Street Of Uptown
Ni version yang slow ada version yang betul laju. Kenapa saya masukkan lagu ni version slow? Sebab lebih feel dengan version yang ni. Saya akan terasa sedih lepas dengan lagu ni. Banyak siot kenangan lagu ni. Lagu ni pun berkisar pasal semangat brotherhood. Masa awal-awal skinhead bertapak brotherhood itu memang kuar. Kalau kitorang melepak sorang takde duit so kami akan donate untuk beli makanan. Tapi sekarang ada ke semangat macam ni? Takde…
Ni antara lagu-lagu wajib main kat studio seksyen 7 Shah Alam dulu. Kalau lepak Klang diorang main lagu lain pulak haha… Apa-apapun saya banyak belajar cara handle hidup masa jadi SKINHEAD. Belajar jadi berani dan belajar tuntut hak!
p/s :
Dah 2 tahun tak pegang stick drum!
8 Comments
Leave a comment
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak

















lagu ACAB tu je yg sy tau..lagi 2 tu tak tau n xpenah dgr..huuhhu
faza recently posted..Conference Brownfield 2011
lagi dua tu band oversea…
dasaaaaattt!! dassaaaatt bean nih..
kid recently posted..Kenapa nak Tau Pasal Kemaluan Wanita??
baru tau ka? haha
Lagu streets of uptown tu lagu pebret aku mase form 2 wey..teringat lah zaman2 skin head dulu ^_^
topan recently posted..Berhenti berblog setakat ni.
hehe dah lama aku tak pakai marten
lagu2 ACAB mmg best di dengar.. Fight for your right pon antara lagu faveret..

padin recently posted..Kelebihan Bersyukur
yups itu lagu killer