WARDINA SAMAN BLOGGER | INILAH AKIBAT BILA KEJAR SANGAT SEO! MANA ETIKA KORANG BERBLOG

Salam guys,
Ada baca artikel best untuk hari ni. Bagi saya memang menarik sebab berkaitan dengan blogsphere kita. Siapa tak tau yang Wardina nak saman blogger? Ok sekarang kalau yang tak tau boleh refer petikan artikel bawah ni :
KUALA LUMPUR: Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman blog sekiranya artikel yang mendakwa dia menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyokong perhimpunan BERSIH tidak dikeluarkan. Beliau berkata, tuduhan dilemparkan ke atasnya, termasuk menyiarkan gambar yang tidak berhijab oleh beberapa blog adalah satu perkara serius yang mengaibkan dirinya dan keluarga.“Adalah tidak benar mengatakan saya terbabit dengan parti itu. Saya ingin memberi penjelasan atas salah faham dan kekeliruan yang disiarkan dalam beberapa blog. Sumber Berita Harian Online
Nak cerita pasal Kuasa blogger. Ye kita blogger ada kuasa yang lebih hebat dari segala persatuan kongsi gelap yang wujud dalam dunia. Even kalau arwah Rashid Maiden hiduppun dia akan gunakan medium blog untuk sebarkan ideologi sebab BLOG ada KUASA yang sangat kuat. Tapi fikirlah sebelum menulis. Saya pernah tegur dalam entri Jangan Sebar Berita Palsu. SEO bukannya medan untuk korang rebut trafik dan sebarkan berita palsu. Tak salah korang nak belajar dan gunakan ilmu SEO yang korang ada. Itu satu advantage dan seriously saya cakap SEO ni semua orang pun boleh buat.
Nak jadi blogger silalah berpandukan etika dan hukum agama jangan sebab nak income juta-juta korang lupa yang blogger juga ada etika. Dah ramai blogger yang lupa tujuan asal berblog hanya sebab nak dapat BE dan nak kejar trafik. Korang hebat SEO itu advantage korang. Tapi jangan guna sebar cerita tak betul dan aibkan orang lain. Saya tak nak cerita bab halal haram hasil berblog sebab bukan KUASA saya untuk menentukan halam haram melainkan makanan yang boleh kita check kat website Halal Malaysia.
Bukan nak cakap saya ni bagus sangat sebab saya pun ada jugak langgar etika (sikit jelah kot) tapi bila isu yang macam ni korang ‘up’kan tanpa ada souce yang sahih korang melibatkan semua blogger yang takde kaitan dengan isu ni. Kesianlah kami yang tulis cerita pasal anak-anak, pasal tech, dan genre lain selain’ open news’. Korang bikin hal kami semua nak kena tanggung salah korang sebab orang tak kenal blogger yang tulis beb orang hanya tau perkataan ‘blogger’ sahaja. Bukan apa cuba korang bayangkan Wardina tu kakak korang atau ahli keluarga korang. So simple je nak berblog ke nak layan SEO ke itu hak masing-masing tapi cari kesahihan itu penting. Ingat KUASA blogger jangan disalahguna sebab bila salah guna korang akan tanggung macam-macam kesan.
p/s:
Blogger yang salah guna KUASA BLOG lebih kurang sama dengan POLIS yang salah guna kad kuasa polis.
Saya nak invite korang buat duit dengan facebook. Mau ka?
45 Comments
Leave a comment
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak

















macam2 hal sekarang ni.. tak pasal2 semua blogger jadi busuk
Myvitrd recently posted..Susah Juga Nak Jual Rumah Ni
aku tak busuk mid aku pakai georgio armani
Bukan cara tu je untuk seo. Ada banyak lagi cara sebenarnya. Saya sokong blog ini menegur para blogger terlampau yang mengaibkan orang semata-mata nak buat seo untuk blog mereka bagi menarik trafik free berduyun-duyun melawat blog mereka.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bukankah lebih baik belajar dan lakukan seo dengan cara yang betul. Jadi, takdelah melibatkan blogger lain dalam kerakusan mereka mengejar trafik dengan cara menabur fitnah dan mengaibkan orang lain.

Juan recently posted..#1 Wordless Wednesday – Angkara Hacker Dalam Masa 4 Hari..
terima kasih…saya just jalankan tugas saya selaku blogger
yeah !!!! Isu2 yang sebegini yang akan buat ramai orang rasa KURENG ngan blogger
hazman aka species1980 recently posted..Contest / Peraduan Filem Tolong!Awek Aku Pontianak
apa kita boleh buat…tegur jelah kan
thats why source amik dari mna bhan tu pnting…
iniialahaku recently posted..KERANAMU MALAYSIA
diorang mana fikir apa…janji traffik laju dah ok dah tu
ish2..dah jadi kes saman2 plak
puan capa recently posted..::Al Kisah Pakcik Berahim::
ntah la puan ramai yang buat tak fikir orang lain
adeh macam2 hal ler..ramai lagi blogger yang main seo bukan2 nie
memang ramai…semua nak untung juta-juta
nanti semua org tk suka blogger cam no nk pasang iklan lagi kan kan ..fikir2kan selamat beramal
puanbee recently posted..Anak Pun Pandai
betul jugak tu…make sence
Hmm…manetau lepas ni government nk buat akta lebih ketat kat blogger…habis la kita…
wah dasar pandang ke depan lah ko hahaha…
betul tu..kerana nila setitik, rosal susu sebelanga huhu
sutera recently posted.."CONTEST DESIGN T-SHIRT EMPAYAR BINTANG TIGA"
Dalam kerjar trafik blogger tak
ingat, apa yang ditulis tu bahaya.
akhir sekali makan diri.
Ali ridha recently posted..Aku seorang blogger
betul… saya setuju
betul tu..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga huhu
sutera recently posted.."CONTEST DESIGN T-SHIRT EMPAYAR BINTANG TIGA"
aik sutera jugak? hehe anyway thanks for coming. ya itulah kata-kata yang sesuai
ala bean, nie keje2 blogger nak up traffik lah kan.. klu blogger merapu cam kito nie tak de nak buat cam tu lah. tengok kat orang dah tak suke dgn blogger
akupun kadang-kadang layan jugak SEO tapi takdelah nak tulis benda yang aku tak tau
Jadi blogger ke, orang biasa di luar sana
kita tetap terikat dgn agama dan adat
kalau nak share sesuatu tu..beringat² – apa yg kita akan dapat dikemudian hari
sangat2 menjaga bab2 mcm ni..sebab Kak Jie ada anak² yg sedang membesar, anak remaja dan apa yg kita buat ni..menyumbang kepada gejala yg tidak sihat
semua di dunia ada sempadan, sempadan utk guide kita tentang agama kita
Kujie recently posted..Ku Rindu Bayangan Keretamu
sangat setuju kak jie…saya walaupun blom ada anak tapi saya nak anak dan tamo pengarud luar ni mempengaruhi keluarga saya (ada kene mengena tak jawapan saya ni?)
jalan selamat. jangan mengeluarkan entri2 yang boleh bikin panas buat semua
zikeryhassan recently posted..#4 Wordless Wednesday
yes itu adalah sangat selamat
main seo pun berpada2 ah ..
apa nak jadi… kejar trafik sgt
Kodet recently posted..Semakan Keputusan Program Sarjana Muda dan Diploma / Asasi | UiTM 2011/2012
hehe tulah nak marah pun tak boleh sebab kita pun ada main SEO
Skill SEO ni ada baik ada buruknya kan. Terpulang pd setiap blogger tu nak amalkan skill SEO tu dgn cara yg bagaimana..dek kerana nk kejar SEO, kan dah terima padah! Sebelum di saman, amik pengajaran..
yup, nak SEo takde orang marah tapi salurkan benda yang betullah
penangan giler trafik la tu…
next time, hati hati buat entry.
iwan delaroc recently posted..pandai tapi tak cerdik
yups hehe…tapi inilah realiti blogging
Nice one broo… huhu.
eykameow recently posted..#Hari terakhir di sabah
terima kasih eyka
merasalah blogger tu kena saman dengan wardina
haihh
xpasal2 wardina kena
kesian dia
Penjimatan Paling Bijak Alaf Ini
Hans recently posted..Penjimatan Paling Bijak
hehe ko pun sama jangan tulis pasal artis sangat hahahahahaha
Bean Moreno recently posted..BLOG REVIEW | ENY KIKILALA DIAMOND
ini semua salah manusia..:)
dah nak main SEO sangat, kejar trafik hah kan dah kena
bahaya2 betul
syahrilhafiz recently posted..Bagi isi untuk CONTENT blog biar penuh & relevan!
hehe SEO ni bahaya untuk orang yang tak tau salah dan betul
Seo dia atau marketing dia betul2 menjadi? Hhaha..
melz recently posted..Wordless Wednesday #1
betul jugak eyh haha…rasa macam nak pi menuntut dengan dia pasal SEO
saya masih berietika kan?heeeee
cikhelena recently posted..Maka terhapuslah dosa aku??
ye selaku scandal maya saya anda memang ada etika hahaha
geng pakai dot com neh mmg cam pantat g
uiks marah semacam je…apa ceri ni bro…terasa gua