BAHASA TERLARANG | APA IMPAK KEPADA BLOGGER
BAHASA TERLARANG | APA IMPAK KEPADA BLOGGER
Salam guys,
Selamat pagi semua, harap korang semua sihat dan sejahtera. Sebelum start hope korang ambil positif tajuk entri ni. Bahasa terlarang yang saya maksudkan ialah bahasa singkatan bukan carutan ye. Pagi tadi terbaca suatu artikel pasal ‘bahasa terlarang’ ni. Sekarang ni DBP dah senaraikan lebih dari 300 bahasa singkatan sms yang boleh merosakkan bahasa kita. Jom layan sedikit petikan akhbar berkenaan dengan isu ni.
KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyenaraikan lebih 300 bahasa singkatan khidmat pesanan ringkas (SMS) umum dan khas standard yang boleh menjadi panduan kepada orang ramai. Bagaimanapun, DBP tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menulis perkataan SMS melampau dan merosakkan pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu kerana tiada kuasa khas diperuntukkan untuk berbuat demikian.Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata DBP tidak boleh memaksa orang ramai mematuhi panduan singkatan SMS bahasa Melayu yang diterbitnya, tetapi boleh menasihatkan mereka melayari laman web agensi itu untuk mengetahui garis panduan berkenaan. Antara kata singkatan khusus itu ialah DEB (Dasar Ekonomi Baru), Berhad (Bhd), hjh (hajah), hosp (hospital) Mej (Mejar), Prof (Profesor), TPM (Timbalan Perdana Menteri), Pgh (pengarah). Bagi kata singkatan umum pula seperti bagi (bg), bangun (bgn), bila (bl) dengar (dgr), dpn (depan), jgn (jangan), memang (mmg), pdg (padang), sdri (saudari), thn (tahan) dan tdk (tidak). Termuzi berkata, DBP turut memantau penggunaan SMS bahasa Melayu disiarkan dalam rancangan televisyen dan mengesan terlalu banyak singkatan perkataan bahasa Melayu yang tidak mengikut panduan rasmi atau mengalami singkatan melampau dan sukar difahami. “DBP bimbang penularan bahasa SMS yang melampau akan memberi kesan kepada pelajar sekolah kerana terpengaruh dengan singkatan yang dipaparkan dalam televisyen dan menggunakannya ketika menulis buku atau karangan. Nak lebih pi baca kat Berita Harian Online.
Macam yang kita tau sekarang dalam penulisan kita dah lupa cara sebenar menulis. Kita tak payah pergi jauh kita tengok dalam komuniti penulis blog je cukup. Ramai di antara kita penulis blog yang suka guna shortform untuk menulis. Ada shortform yang kita faham dan ada shortform yang kita guna dah macam. Ni kita tolak tepi pasal penggunaan ‘bahasa rojak’ sebab dalam penulisan blog tak payah nak formal sangat dan kalau saya bangkitkan pasal isu ‘bahasa rojak’ dah tentu saya pun kene tembak sebab memang saya rojak habis dalam blog ni.
Saya ada soalan untuk korang semua penulis blog atau bahasa senang blogger. Adakah penulisan gaya shorform tu dapat membantu korang menyampaikan info dalam penulisan? Korang rasa readers faham ke dengan shortform ataupun bahasa singkatan SMS yang korang guna. Ya mungkin dari 100 reader 3 orang je yang faham. Kenapa saya cakap macam ni. Simple je korang dok sibuk dengan Seni Permainan SEO (best sangat ke bermain SEO ni?). Bila dah main SEO, readers yang datang tak semestinya kawan-kawan korang mungkin makcik cleaner, mungkin cikgu-cikgu sekolah atau mungkin menteri sebab SEO itu berjalan mengikut keyword. Jadi kalau dah macam tu korang rasa diorang faham ke tak? kalau 100% visitor blog adalah kawan-kawan korang yang memang dah biasa main SMS dengan kita itu lain cerita. Jadi kesimpulannya kat sini bahasa terlarang ataupun singkatan SMS tu sebenarnya tak perlupun. Contoh aku susah ke kita nak taip aku kalau nak dibandigkan dengan singkata ‘aq’. alah beza satu huruf je takkan nak berkira. Nampak tak impak yang berlaku hanya disebabkan kekurangan satu huruf. Orang tak faham apa yang korang nak sampaikan.
Satu lagi impak singkatan SMS dalam penulisan blog. Kita masuk SEO lagi (yelah sebab ramai yang sibuk sangat nak SEO kan). Korang rasa dengan singkatan dapat ke korang nak jalankan SEO? Sah-sah tak jalan sebab search engine optimization akan berfungsi bila keyword ditaip pada Search Engine dan ada ke orang taip bahasa singkatan masa guna Google? takde kan jadi nampak tak apa impak yang terjadi bila korang guna bahasa SMS?
Ni adalah impak yang akan terjadi pada kita penulis blog tapi apa yang sebenarnya saya nak sampaikan ialah dengan penggunaan ‘bahasa terlarang’ ni imej Bahasa Kebangsaan boleh rosak. Kenapa kita perlu guna singkatan yang sepatutnya kita guna dalam ‘handphone’. Bukan susahpun nak eja satu-satu kan.
p/s :
Saya kalau salah tulis ni sah-sahlah kena marah dengan mama saya sebab dia Guru Pakar Bahasa Melayu Negeri Selangor. Harap-harap dia tak baca artikel ni haha…
Opera Mini dah kembali mewarnai Dunia Smartphone. Apa lagi Jom Guna
Ada sesiapa nak buat website ataupun blog berhosting sendiri ada pakej menarik untuk anda. Info di sini
Hadiah untuk bapa anda sempena Hari Bapa bersama OREO
14 Comments
Leave a comment
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak

















Aku ada dapat tweet daripada Timbalan Menteri Pelajaran, komen dia tentang isu ni lepas aku tanya dia dah baca artikel ni ke belum.
Dan ya, aku tak minat baca ayat singkatan. Sebab itu blog aku tulis ayat penuh [oh, ramai orang benci, tapi tak mengapa, aku terima].
Kita kena tanya balik, kenapa kita tulis ayat tu.
Kalau SMS, kita nak beritahu orang sesuatu kan dalam pesanan kita tu? Tapi kalau orang dapat, baca dan tak faham, bukankah menyusahkan orang?
Aku kalau dapat ayat macam tu, maaflah. Aku padam.
Jujur. Anak murid aku kalau tulis begitu pun aku macam, tak layan.
Lord Zara recently posted..Dia Bukan Sesiapa Dalam Dunia Ini
garang seyh cikgu ni haha…tulah penulisan santai tak semestinya kene shortform…tapi ramai yang still tak faham
nice entry beb…


aku pown da jarang gune shortform kat belog.tp masih ada lagi yang tergune..
fyna recently posted..syyhhhfyna sudah jatuh hati dengan buah ati fyna
cuba hapuskan terus shortform dalam penulisan
sebab tu blog ku boleh dikatakan susah nak jumpa singkatan – singkatan nih..rasa – rasa macam tak ada jer…hahaha
Drama Bersiri Ana Lu’lu
Hans recently posted..Cara – Cara Menjemput Rakan – Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda
bagus
Biasa la bro…diorang yang guna shortform tu akan kepentingan SEO dan SERP dalam keyword….
hazman aka species1980 recently posted..Global Smurfs Day
tulah depa tak mau amik tau
mencemarkan bahasa bila ayat short message ni dugunakan dalam penulisan sesebuah entry…
khairil recently posted..Jambatan yang Pelik
tapi diorang suka
Terbaca juga berita ni
harap-harap tak menjadi ikutan untuk generasi akan datang
kalau buat ayat singkatan dalam kertas bahasa melayu 2 ,kena potong markah,ni lagikan pula thesis di universiti
wazy recently posted..Wordless Wednesday 2 – Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa
bahasa kita dalam bahaya
dalam penulisan blog pun dah ada
guna bahasa sms ni.kekadang tu susah
aku nak baca entri dan komen.
apa benda la dia tulis ni.
Ali ridha recently posted..Maruah tercalar
itu lah saya kalau jumpa bahasa pelik2 memang tak pi dah…apatah lagi baca