Earn Cash by using your Blog
Jun 24, 2011

APA YANG PERLU KAMU LAKUKAN BILA TERLIHAT KEMUNGKARAN

HADITH APA YANG PERLU KAMU LAKUKAN BILA TERLIHAT KEMUNGKARAN

 

Salam guys,

Seperti biasalah hari Jumaat hari ingat-mengingati sesama kita.  Menegur itu perlu tapi ada adabnya jugakkan.  Korang perasan something tak yang berlaku dalam kehidupan kita ni.  Jalan hidup kita dah totally berubah dan tak sama dengan corak hidup orang-orang terdahulu.  Mungkin sebab kita hidup dalam zaman moden dan zaman ni kita cuma kejar kebendaan sahaja.  Kita dah umpamanya lari dari landasan hidup yang sebenar.  Ok sebelum kita start kuliah agama jom saya nak share satu hadith Rasulullah yang saya baca tadi …

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman. sumber Hadith 40

Menarik ni sebenarnya.  kalau nak kira buat salah,  semua manusia mesti ada buat salah dan paling penting DOSA sebab nabi yang ada sifat maksum pun ada buat silap.  Setiap kesilapan perlu ditegur betul tak?  Kalau kita refer pada hadith kat atas kalau kita lihat kemungkaran cara pertama yang kita perlu buat ialah gunakan tangan.  Tangan yang dimaksudkan ialah kudrat ataupun kuasa yang kita ada.  Kalau nak cerita pasal apa yang saya laluikan saya ada kuasa dalam satu group ni tapi bila saya guna kuasa tu ataupun kekuatan yang ada still tak boleh nak ubah kesilapan.  Nak ajak sparing memang tak lepaslah kan so itu je kuasa yang saya ada.

Ok cara kedua pulak yang diberitahu dalam hadith ni ialah untuk mencegah kemungkaran kita gunakan lidah atau lebih senang teguran dan nasihat.  Ni pun sama kes jugak dah guna kuasa pun tak jalan maka saya gunakan mulut dan lidah untuk bagi idea dan bagitau apa yang silap.  Tapi still sama jugak.  Cakap cara elok pun kena tembak cakap agak kasar orang kata saya kurang ajar pulak.  Kes macam ni dah macam kes ‘Kau Saja Yang betul’.  Oklah saya nak cakap satu benda.Memang saya bukan khalifah tertinggi tapi sedar tak siapa yang banyak buat kerja dan siapa yang banyak berjalan untuk up kan nama persatuan? Ye hangpa ketua tapi apa hangpa dah buat untuk kami?  Apa yang saya nampak pecah belah sampaikan saya balik kampung terpaksa bahagi meja asing-asing.  Itukah namanya BERSATU? Sila jawab wahai khalifah tertinggi…

So bila dua cara ni dah tak boleh nak ubah sesuatu yang mungkar maka dari saya still duduk baik saya angkat kaki lambung.  Saya senang je, hormat itu datang untuk orang yang tau menghormati bukan untuk orang yang sentiasa ingin dihormati.  So terpulanglah kat hangpa nak buat lagu apa.  Apa yang saya mintak lepas ni kalau apa yang saya buat sila jangan ada pertikaian.  Sebab kalau nak ikut pertikai banyak yang saya boleh pertikaikan.  Hangpa khalifah so berfikirlah cara khalifah.  Penindasan itu tidak perlu dalam persatuan sebab ia bakal menjatuhkan ahli.

Cara yang terakhir ialah dengan mengubahnya dengan hati dan bahasa mudah redha dan mendoakan.  So bila dah angkat kaki lambung apa yang saya boleh buat ialah doa jelah depa semua berubah.  Dah lama sangat duduk dalam pemikiran kuno.  Cukup-cukuplah dengan cara hangpa.  Nak buat keputusan sila fikir yang lain jugak jangan hanya nak basahkan tekak sendiri je.  Kata persatuan, kalau sendiri je nak syok pi jalan sendiri lah brother…

 

p/s:

Ramai yang tanya kenapa saya hilang.  Sila baca wahai IPOH MUDA!

Sorrylah entri agak emosi sebab saya just nak kaitkan situasi sebenar dengan hadith.

Mau tahu kehebatan Galaxy S 2 meh saya cerita.

pixel APA YANG PERLU KAMU LAKUKAN BILA TERLIHAT KEMUNGKARAN

8 Comments

  • ya ada kebenarannya… mmg susah nak tegur orang yang diatas terutamanya bagi orang yang bukan naik dari bawah… terus je ke atas…
    Anoizul Admin recently posted..ANOIZUL STORIES OFFLINE for momentMy Profile

    • yes…tapi ada jugak yang dari bawah tapi tak mo faham…itu lagi susah

  • sabar ye encik bean…
    puan capa recently posted..-Aku Terlupa Tulis Tajuk-My Profile

  • salam encik Bean,
    mana kan sama antara Khalifah pilihan Allah jika dibandingkan dengan Khalifah yang dibai’ah/pilihan sekelompok manusia yang bernafsu..

    renung-renungkanlah, kembalilah bongkar siapakah khalifah pilihan Allah SWT yang sebenarnya.. insya-Allah semoga sukses dalam menemukan pencerahan.. ;)

    • ya setuju tapi setiap manusia adalah khalifah kan…

  • zaman sekarang kalo gunakan care yang pertama akan jadi berat sebelah dan orang akan pertikaikan keupayaan kita untuk ebrsikap adil. kalo gunekan care kedua orang turut pertikaikan tingkah laku kite yg belum cukup sempurna.hanya care terakhir yang mampu di laksanakan.

    saya seperti anda, lebih senang diam dan perhatikan saja. lihat gerak langkahnya. bila terkena btg hidung sendiri bru nak lihat dunia…

    wallahualam.
    khaizarien recently posted..Dia istimewaMy Profile

    • hehe jawapan yang agak sensitif tu haha

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%6 Guests%BOTS_SEPERATOR%2 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction