Earn Cash by using your Blog
Jun 17, 2011

SETIAP PERBUATAN ITU ADALAH SEDEKAH

SETIAP PERBUATAN ITU ADALAH SEDEKAH

HADITH SETIAP PERBUATAN ITU ADALAH SEDEKAH

Salam guys,

Macam biasa hari Jumaat hari yang Afdal untuk share keagamaan. Macam biasa saya merayap masuk web-web hadith untuk baca.  Bukan untuk show off tapi saya baca untuk diri saya sendiri.  At least saya baca then saya share dengan korang itu dah kira saya bersedekah.  Ok sebelum saya start apa kata korang baca hadith ni dulu.

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : ” Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. ” sumber hadith 40

Kalau nak cerita pasal sedekah ramai yang salah tanggapan.  Kita selalu beranggapan yang sedekah tu hanya dengan menghulurkan duit pada orang yang memerlukan.  Contohnya bila anak yatim datang kita bagi RM 1 itu kira sedekah.  Dah baca tak hadith atas tadi.  Saya sendiri baru sedar yang segala perbuatan itu adalah satu sedekah.  Sebelum-sebelum ni saya just dengan apa sahaja perbuatan manusia itu adalah amalan.

Bersedekah sebenarnya bukan hanya dengan wang ringgit menasihatkan orang juga adalah satu sedekah walaupun kita tak nampak ia secara fizikal.  Zaman sekarang ni patern orang kita ialah kau dengan hal kau aku dengan hal aku.  Masing-masing dengan hak dan privasi sendiri.  Kita takut nak tegur orang mungkin sebab menghormati privasi dia ataupun takut sebab dia ada ‘pangkat’.  Saya dah lama perhatikan sesuatu.  Disebabkan dia duduk di atas satu level dari kita,  kita tak boleh nak tegur dia.  Bila kita cuba tegur dengan niat nak betulkan keadaan maka samada kita kena ‘sound’ ataupun kena pulaukan.  Betulkah cara kita handle kehidupan macam tu? Ramai antara kita yang masih ingat diri kita terlalu sempurna dan tak nak dengar pendapat orang lain.  Ingat bahawa menegur orang dari terus melakukan kesilapan itu juga satu sedekah.

Satu lagi yang kita boleh buat untuk bersedekah ialah berkongsi ilmu dengan orang lain.  Ni kira bersedekah untuk long term. Kenapa saya cakap long term.  Ilmu ni kalau sesuatu yang baik ataupun jalan yang betul maka setiap kali orang gunakan maka pahala tetap kita akan dapat.  Maksudnya dua kebaikan kita dapat iaitu bersedekah ilmu dan juga penyebaran ilmu.  Ni tak, ilmu kita simpan sorang dan tak nak sebarkan.  Kononnya nak dapat respect dari orang lain sebab ada kelebihan.  So fikir-fikirkan lah ye.

p/s :

Sekarang susah nak menasihati orang lain sebab kita juga manusia…

User P1 4G boleh dapat iPad 2 PERCUMA!

Anda peminat Incubus… Tune Talk Nak Kasi Tiket Incubus PERCUMA

 

 

 

pixel SETIAP PERBUATAN ITU ADALAH SEDEKAH

2 Comments

  • tula kelebihan Allah bagi kepada hambanye yg beriman padaNya…setiap kebaikan tu pasti ada balasan yg baik…even kite lakukan benda kecil pon mesti ada pahalanya..
    faiz recently posted..‘Aku’ sanggup hisap rokok dari hidup senang…My Profile

    • ini salah satu keistimewaan umat Muhammad

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%5 Guests%BOTS_SEPERATOR%2 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction