Earn Cash by using your Blog
May 26, 2011

RON 95 DAN LPG IKUT HARGA BIASA DAN ISU HALAL | BLOGGER SILA JANGAN SEBAR BERITA YANG TAK SAHIH

RON 95 DAN LPG IKUT HARGA BIASA DAN ISU HALAL | BLOGGER SILA JANGAN SEBAR BERITA YANG TAK SAHIH

Salam guys,

Semalam saya rasa ramai yang kecoh sebab ada kemungkinan yang minyak RON95 akan naik RM0.20.  Sayapun terasa agak kecewa lepas baca blog-blog lain yang mengatakan minyak RON 95 akan naik harga.  Bukan apa kalau RON 97 naik harga bagi saya takde hal sangat sebab dari dulu memang saya labelkan RON 97 itu sebagai ‘minyak capitalist’ sebab harga dia memang cekik punya harga.  Tapi malam semalam tetiba terniat nak layan berita so lepas layan Cinta Melody saya tunggu berita.

Tetiba tajuk utama RON 95 dengan LPG ikut harga biasa tiada kenaikan even satu sen pun. So korang nampak tak apa yang sebenarnya terjadi sekarang.  dapat tak korang fikir something dari kejadian yang terjadi.  Dalam kepala saya ada dua je benda iaitu satu kita blogger terlalu mudah menyebarkan sesuatu yang belum sahih.  Asal benda yang kita tak suka je kita mian tulis kat blog tanpa fikir berita tu betul ke tak?  Sebab tu saya kalau boleh nak cuba elakkan jadi blogger wartawan and better saya tulis benda yang saya suka.  Keduanya ialah sebenarnya memang harga RON 95 tu sepatutnya naik tapi disebabkan tak nak kehilangan kepercayaan dari rakyat maka kerajaan announce yang ia tak jadi naik.  Simple je kan.  Tapi apa-apapun alhamdulillah harga dia stick kat RM1.90 sebab saya baru terfikir kalaulah RON 95 pun dah cecah RM2.10 memang kerata saya tu guna dia untuk pergi kerja balik kerja je lah.

Tu baru satu hal,  bab isu halal haram pulak.  Siapa tau kes Secret Recipe yang ada perkaitan dengan DNA Babi?  Ya memang betul kita kena hati-hati bab makanan ni sebab dah banyak penipuan.  Disebabkan kita blogger yang kononnya nak sangat jadi wartawan mungkin akan merosakkan perniagaan orang lain.  Kita main bo je tulis dan tetapkan hukum haram pada Secret Recipe tanpa check status sebenar.  Tak pasal-pasal diorang kena tuduh ada kaitan dengan Puratos.  Satu blog buat semua pun tulis ikut blog tu dengan niat nak trafik kencang.  Betul ke cara kita blogging macam tu?  Saya dah lah salah seorang penggemar Secret Recipe dan support diorang sebab depa produk tempatan beb. Untuk cerita lanjut boleh ushar blog Azah

So moral of the story ialah kita sebagai blogger tak boleh lah ikut suka kita je nak menulis apa.  Memang blog itu kita punya tapi kita kena ingat pada etika menulis.  Kita kejar trafik sampai kita tutup pintu rezeki orang lain.  Sepatutnya kita berblog untuk sampaikan info (yang mana betul) bukan rumors atau lebih senang fitnah.  Mungkin kita tak sedar dengan cara kita yang macam ni kita buat orang lain takut nak buat apa-apa dan secara tak langsung menutup minda orang lain.

p/s :

Fikir dahulu sebelum tulis…

Hanya sebut ‘Perodua Lagi Best’ boleh menang RM10,000 apa lagi jom join.

 

pixel RON 95 DAN LPG IKUT HARGA BIASA DAN ISU HALAL | BLOGGER SILA JANGAN SEBAR BERITA YANG TAK SAHIH

12 Comments

  • tapi hal halal haram ni mmg kite kena alert skit…ade gak dpt email psl secret recipe tu…tapi xdela percaya sgt..papehal pon nk tulis kena tahu kesahihannya dulu..tapi bab minyak tu aku tak rasa harga tu kekal lama..
    faiz recently posted..Islam dan Rasulullah Dihina-itu namanya hentaman pertamaMy Profile

    • alert memang alert tapi kaji dulu kebenaran sebelum sebarkan..betul tak?

  • yeah…. kebanyakan cerita atas cerita…memang kena dapat sumber yang betul2 boleh dipercayai baru boleh buat statement…

    • tu yang buat aku takut tulis pasal isu semasa

  • Mak SETUJU! kena check dan pastikan btl2 sblm sebarkan berita yg kita sendiri x pasti..

    Mgkin berita@email yg kita dpt tu adalah 1 cara utk musnahkan perniagaan produk tempatan? klu berita tu salah,mcmana? x takut kena saman ke?
    mak lagenda recently posted..MOHON MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MY UNCLE!My Profile

    • hehe tulah sebab kita tak tau punca berita

  • cara aku tgok insiden ni;
    1. blogger tulis ‘akan naik’ which is betul. Akan naik, tp tak finalize lagi.
    2. mungkin juga bila dh ramai menulis dh ramai war2kan yang menyebabkan gomen jadi lebih gusar dan tak jadi naikkan rega dia.

    byk cara utk pandang sesuatu benda tu..cumanya kena controk la tahap maklumat yg kita share or tulis kat blog
    Hemy recently posted..Planning some evening sweating sessionsMy Profile

    • nice one…macam aku, aku takkan tulis isu2 macam ni tanpa dah betul2 confirm

  • tu laa bro.. kalau situ politik lagi naya.. kena flagged kat FB.. kalau jadi camtu, macam mana nak buat ek?
    Boleh Cashout Earning Churpchurp Pertama!! Tapi……
    kid recently posted..Kenapa Grapevine tak Muncul di BlogMy Profile

    • haha itu akupun tak tau…buat akaun barulah jawabnya

  • sebab tu saye tak tulis langsung pasal isu semasa… kah kah kah… bukan apa, salah bagi info nanti saye jugak yang rase bersalah + kena marah.

    p/s: secret recipe memang sedap.
    piah becok recently posted..SECEBIS DAGING DI MATA KAILMy Profile

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: %GUESTS_SEPERATOR%3 Guests%BOTS_SEPERATOR%4 Bots

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction