KENAPA SAYA BERHIJRAH KE WORDPRESS
KENAPA SAYA BERHIJRAH KE WORDPRESS
Salam guys,
Pergh hari ni ada kerja. Tak boleh dikirakan sebagai banyak sebab kat tempat baru ni saya tak tau nak bezakan antara sikit kerja dengan banyak kerja sebab mungkin terlalu free. Ni first time saya dapat rasa freedom dalam pekerjaan. dapat boss yang best, masa pun banyak lapang dan kerja memang mudah. Apa nak expect kerja sebagai IT Exec. haha. Ok simple hari ni genap sebulan saya pakai hosting. Memang satu benda baru yang memeningkan dan memuaskan.
Ramai blogger tanya kenapa saya tukar kepada wordpress. Apa yang bestnya platform wordpress selfhosted ni berbanding blogspot yang saya dah guna 5 tahun sebelum ni? Actually dari mata kasar memang nampak macam sama je dua-dua platform ni sebab kita just nampak template dan entry. Ok itu dari pandangan mata kasar, jom saya share kenapa saya tukar dari Blogspot ke WordPress Selfhosted…
1. Nak belajar Benda Baru
Macam yang korang tau saya dah lama bergelumang dengan platform blogspot ni. tak perlu ambil yang 5 tahun sebab itu termasuk junk blog yang saya create dulu tapi Blog ni sendiri dah masuk 3 tahun. Dah banyak sangat saya belajar pasal paltform blogspot dari tak reti ubah template sampai dah tau buat template sendiri. So kat situ bukan nak cakap bosan tapi saya nak tau benda baru sebab sebelum ni saya tak pernah guna hosting. ya memang susah tapi at least kalau lepas ni saya nak buat web design saya dah tau nak advice client apa yang patut diorang buat sebab jalan cerita dia sama je.
2. Lebih Secure
Ok fine macam yang korang tau 13 Mei lepas tiada rusuhan kaum berlaku tapi satu blogsphere kecoh sebab semua blogspot user takleh nak update blog. Bagi saya benda tu normal sebab saya dah dua kali kena delete even pakai domain sendiri. Sebab apa? Sebab even dah bayar RM30 setahun itu cuma nama tapi tetap menumpang hosting blogapot. Dia kita boleh umpamakan duduk rumah sewa dengan beli. Kita tetap bayar sewa tapi bila tuan rumah suruh pindah takkan kita nak tunjuk penumbuk kat dia sebab itu rumah dia. Tak pasal-pasal kalau kita melawan dia panggil polis dah kita dapat sewa rumah baru yang siap ada pagar besi. Dengan ada hosting so kita dah ada rumah sendiri dan takde siapa boleh halau melainkan kita tak bayar duit hosting. So data-data kita yang ada dalam hosting memang selamat. kalau jahanam boleh sound sebab kita bayar.
3. Dapat Kepuasan Dalam Blogging
Yang ni susah nak cerita. Bab kepuasan ni terpulang pada hati masing-masing sebab tak semua manusia berkehendakkan benda yang sama. Mungkin ada yang puas bila dapat Buffered Earning yang banyak bila blogging, mungkin ada yang puas blogging as long as dapat pergi event dan mungkin ada juga yang puas lepas dah dapat awek blogger yang cun.haha… Itu terpulang. bagi saya kepuasan tu datang bila saya dapat apa yang saya nak dan dapat benda baru. Saya letak priority pada hosting tahun ni sebab dah setahun saya just pendam atas sebab-sebab tertentu. So bila dapat saya puas that’s mean ada satu achievement terbaru dalam hidup saya dan juga blog saya.
4. Menampakkan Kesungguhan Berblog
Ni pun sama. Ada orang tunjuk kesungguhan dalam berblog dengan update sehari 15 kali, ada orang tunjuk dia sungguh-sungguh berblog dengan bagi entri berkualiti. Bagi saya kesungguhan saya ialah dengan wujudnya hosting. Bila saya ada hosting saya akan berfikir banyak kali untuk jahanamkan blog ni. Even tak updatepun saya mesti nak tengok blog ni untuk ubah yang sepatutnya. Kalau tak terasa rugi bayar. dari situ baru timbul tanggungjawab. Cuba korang bayangkan blog ni macam perkahwinan. Korang kawin dengan awek yang cun lepas tu hantaran tinggi plak tu. Kalau disia-siakan bini korang tu memang lah rugi. So sama macam berblog bila dah keluar duit kalau tak jaga rugilah.
5. Lebih Professional
Yang ni lebih kepada mind set sebenarnya. Dulu masa saya baru berjinak-jinak buat blog satu je mindset saya iaitu orang yang pakai wordpress ni ilmu di banyak pastu gempak. Tak dinafikan ramai jugak blogger baru yang dah pakai wordpress dan mungkin ramai yang akan mempertikaikan statement saya tadi. Tapi tak kisahlah dia baru ke otai ke otai burger sekalipun kalau dia pakai wordpress bagi saya dia tetap gempak even entri dia korang kata ke laut. Sebab diorang ada sifat ingin mencuba. Korang ada sikap tu? Takdekan so tak kisahlah korang dah berblog start dari tahun gajah sekalipun tapi kalau korang tak nak mencuba so that’s it sorry to say korang tak gempak lagi.haha… Orang yang pro dia akan cuba benda dia tak pernah buat sebab cabang ilmu tu luas. tak tau boleh belajar dari orang yang tau.
Ni adalah sebab kenapa saya tukar platform bukan sebab suka-suka atau nak timbulkan sifat riak tapi disebabkan 5 perkara di atas. Tapi lepas guna beberapa bulan memang ada nampak perubahan ketara kat blog saya. Kalau korang nak tau korang cuba tukar sebab kalau saya tunjuk perubahan tu mesti ada orang bising cakap saya nak menunjuk plak so better korang experience sendiri.
Mat Tiger ejek saya dia kata kereta saya semput tolong bagi saya pinjam Subaru untuk saya berlumba.
34 Comments
Leave a comment
Bermulanya Sebuah Konspirasi
Tabung Rumah
Hot Deals!
Pelawat
Cari Hosting? Mai Cuba ni
Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit
Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini
Like me
Google + Fan Page
Assistant Terbilang
Lu Mana Mari!
Popular Posts
- Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu - Malique Feat Jamal Abdillah
- Najwa Latif - Cinta Muka Buku
- Alhamdulillah Dapat Rasa Buat Sujud Sajadah
- Tahniah Kumpulan Zero Raja Lawak 6
- 24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH
- Pencarian Berakhir Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi
- ISU PEKIDA SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL YUSSOF | FIKIR DULU SEBELUM SAMAN
- 3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN
- Maharaja Lawak Mega Minggu 1 | Saehu Sangat Cute Dan Lawak

















Perghh.. dah berwordpress dah… lepas ni bro mesti sombong dengan gua kan.. hahaha…
Dauspozi recently posted..10 Tweet Paling Menarik PerempuanSexyBila
wah tuduhan melulu… aku tetap aku bro hahaha
jangan layan daus ni haha
Affan recently posted..Belasungkawa buat penulis blog telordibasuh Abdul Hakim
hahaha apasal?
hahahahaha…
Dauspozi recently posted..10 Tweet Paling Menarik PerempuanSexyBila
awat suka sangat?
ada bau kedai; haha
syafiq recently posted..Kamera Baru Lomography
dah basuh sekali dah ada bau kedai lagi ke?
perh. blogspot pun den tak teroka sepenuhnya bro. nanti genap 5 tahun,baru nak usha wp lak. kih3.
terompahcaring recently posted..Perempuan Manja atau mengada-ngada
pelan-pelan kayuh…
hmm… macam nak tukar domain aje.. secure sikit.. skrang ada cubaan nak kaco blog gue.. huhuhu
Siapa nak DUIT Lebih?
kid recently posted..BE ke 6 dan ke 7 Serentak
hehe ikut keperluan bro..kalau rasa perlu tukarlah hehe
sudah tentu student yang busy xperlu nak bertukar ke wp hosting bagai ni. akademik 1st
ARC recently posted..Melawat Muzium Freemason New Zealand
Itu kau haha…weh bila aku boleh dapat tiket pi New Zealand
bro..kau yg macam cap kentang putar(macam kau selalu cakap) pon amik masa 5 taun…so aku ni xtawla lma mna…hehe..
iniialahaku recently posted..MINYAK OH MINYAK
aku pun sama macam ko jugak bro…takde beza…
mana nak shout ye?
fara recently posted..Last Paper XM
hm…sorry…saya dah buang shoutbox
setuju 14ratus persent….best woo guna hosting sendiri ni…puas….kan kan kan.
haah agak puas tapi tak sepenuhnya
maka dgn ini silalah updet blog slalu. sbb rugi la kan dah ada hosting sndri tp blog berhabuk…hihihi….
aku sokong ko guna wp! =)
kenapa ko sokong? sokong je tak cukup kalau tak baca ye dak? haha
sbb aku pun guna wp. tp guna host kakak aku ler..klu blog dia down, aku pun down. pakej..hikhik…
aku baca la…tak bek tau!! sob’sob’ baik aku pegi membawa diri.
mengadalah ko…apasal tak cakap awal2 akupun nak kongsi host dengan kakak ko la
welcome to the club!

SS recently posted..Apa Nak Jadi Dengan Belog Aku
terima kasih
“So bila dapat saya puas that’s mean ada satu achievement terbaru dalam hidup saya dan juga blog saya.”
that’s mean. bukan that means ke patutnya?
ye tak ye jugak eyh saya salah la ni ter’broken’ plak…sorry ye cikgu
kalau buat web design nanti suggest kat client suruh pakai wordpress.. hehe..
Anarm recently posted..Tukar Windows 7 kepada Windows 8
hahaha kalau depa nak lah kan
Tahniah.. telah berhijrah ke WordPress.. InsyaAllah mesti puas hati guna platform ni.. take time untuk belajar benda baru…
Ayabizz recently posted..Aku Bangga dengan Dr Mimi Sakinah
terima kasih memang tgh kaji banyak benda ni
semua sebab2 ni la aku tukar pada hosting sendiri..terutamanya bab kepuasan tu…
faiz recently posted..Lisa Surihani Nak Kahwin Dengan Orang Bahau
sama le kita …