Earn Cash by using your Blog
Apr 29, 2010

KOC MERAH JAMBU UNTUK WANITA


Morning guys,sambil2 saya siapkan laptop Twinhead zaman Leftenan Adnan ni saya taip entri untuk korang.Mungkin ni jelah kesempatan yang saya ada untuk berkongsi dengan korang dalam blog Suterablogger ni.Itupun kalau korang datang baca lah kan.Kalau tak, “tak dapek den nak nolong”.Untuk pengetahuan korang kawan kita Puan Capa dah selamat melahirkan anak.So nanti kita boleh buat plan untuk terjah dan dukung anak dia.Cikhel sila kemukakan kertas kerja anda (wah dah macam CEO plak.Tapi bukan CEO Kueh Tart,sebab itu Sendra punya).Ni satu berita gembira,ada lagi satu berita gempak iaitu CikLilyPutih dah transform blog dia menjadi DOTCOM.Satu kemajuan yang best kita dengar.Dengan bantuan pakar iaitu Kak Tash,Lily berjaya ubah blog dia jadi cun dah cantik macam dia jugak (aku tak bodek ko eyh Lily,so jgn perasan..hak3..).

tomy thomas trackmaster motorised lady train with trucks 117 p KOC MERAH JAMBU UNTUK WANITA
Gambar ni hiasan je.Koc Merah Jambu KTM bukan bentuk dia macam ni

Alamak Muqaddimah punya panjang pulak.Takpe2 berita gembira seharusnua dikongsikan bersama dan berita sedih simpan sorang2 (hak3,boleh eyh macam tuh).Tadi masa nak pergi kerja saya ada terdengar kat Hotfm yang KTMB ada sediakan facility baru.Kemudahan ni dipanggil Koc Merah jambu.Wah i like pink.Apa perbezaan antara Koc Merah jambu dengan Koc2 biasa?Simple je Koc merah jambu disediakan untuk WANITA sahaja.So kalau terasa diri tu takde aset2 wanita tolong jangan nak menggatal masuk koc ni.

Kenapa nak kena asingkan?Ok jawapn ni pun teramat mudah.Kalau korang perasan train ni dinaiki oleh perlbagai bangsa dan budaya (1 Malaysia),jadi bila dah macam2 bangsa ada dalam tu termasuk warga Myanmar,Indonesia, dan yang paling best Bangladesh aroma yang terhasil kat dalam koc tu akan menyebabkan situasi kurang selesa.Jadi ini mungkin akan menyebabkan ada wanita yang tak boleh nak tahan.Takkan diorang nak kena bawa “Airwick” setiap kali masuk koc kan.

Sebab yang kedua,sikap penumpang negara ni yang tak tau menghormati orang lain.Sebagai contohnya memang kita nak cepat tapi apa salahnya bagi laluan dan tempat duduk pada warga tua dan wanita mengandung (atau yang bawa anak2).Ni tak kita asyik nak pentingkan diri sendiri je.Jadi dengan kemudahan ni maka perempuan mengandung boleh dapat tempat yang sewajarnya.

Sebab terakhir ialah ramai di antara kita ataupun warga asing yang suka mengambil kesempatan.Yelah time berasak2 memang suka.Itu jamlah diorang nak buat something yang annoying.Tangan tak tau diam.Saya masih ingat dulu masa takde kereta saya keluar dengan kawan perempuan saya naik train.Lepas turun ke satu station ni dia mengadu yang dia kena raba dengan mat indon.So lepas ni dengan adanya Koc Merah Jambu ni takde lah lagi kes gangguan seksual lagi.

Oklah pandangan peribadi saya Koc Merah Jambu ni memang bagus dan tahniah kepada KTMB kerana berjaya dengan satu idea baru yang mungkin dapat membantu penumpang.Bila penumpang senang maka untukpun lebat ma…hak3…So kepada wanita2 di luar sana selamat menggunakan kemudahan baru ni yang dah beroperasi harini.

p/s :
- Habis Mak Nyah nak duduk mana eyh?Untunglah diorang kalau dapat naik Koc Merah Jambu
- Nak tau lebih lanjut boleh masuk web KTMB

pixel KOC MERAH JAMBU UNTUK WANITA

16 Comments

  • penah post entry pasal perancangan dorang nak sediakan koc utk wanita &
    akhirnya terlaksana

    tahniah ktm

  • hazzy – yeay!!!

  • aku tergelak pagi tadi dgr ada caller cakap couple yg dok berkepit je gelabah bila koc kene dok asing2…hahah

  • bagus nih… Bagus sesangat =)

  • skyOne – hak3…diorang nak sedap2 lah tuh..hak3

  • aini – memang bagus

  • bagus ktm..kadang2 bukan kene rabe.tapi kalau naik dr mid valley ptg2, same jek cam membiarkan diri untuk diraba.sesak giler!

  • cikmemy – hak3 memang betul..tgh2 berdiri tiba2 je ada tangan di punggung…hak3

  • yer kak sumi sokong wlaaupun x pernah naik komuter..kali terakhir adalah pada tahun 1999… huhu…
    tingin nak naik ngan anak2..nanti nak ajak IR kak sumi g la…hehehe

    Sumijelly.com

  • kak sumi – jomlah naik sama2 sampai seremban…saya boleh jadi perempuan

  • btul pnjang intro.

    setuju idea ni. menghormati kehormatan wanita

  • matjoe – tu nama dia skintro

  • ok dh mula berfikir alponpo yg pakai skirt nk duk mane? koc biasa? hahaha

  • amanede tuh?baru saya tau ada perkataan tuh hak3…mungkin ada lagi satu koc yang warna kelabu taik anjing…

  • memang bagus apa yg ktm wat ni..tp nanti nyah2 pun sibuk nak naik sekali..

  • BB Hussain – hak3…

Leave a comment

CommentLuv badge

Sedang Membaca

Users: Bean Moreno%GUESTS_SEPERATOR%3 Guests%BOTS_SEPERATOR%1 Bot

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tabung Rumah

Hot Deals!

Pelawat


Mari Langgan Feed Secara Percuma


Enter your email address

Cari Hosting? Mai Cuba ni

Baiki Ranking Google Sambil Buat Duit

Top  blogs
ExitJunction.com  - Make Money From Your Exit Traffic!
Make money in BackLinks Genius

Kalau Nak Beli Hadiah Ushar Sini

Like me

Google + Fan Page

Assistant Terbilang

Blogged.my RSS Search
1Malaysia Blogger Community
Free Auto Backlink
Bean Moreno - Find me on Bloggers.com
Free Automatic Backlink
Submit ExpressReputation Management

Gedung Ilmu (archieves)

Exit Junction